Zizan Razak jatuh sakit, terlantar di hospital

Zizan Razak jatuh sakit, terlantar di hospital
Merujuk daripada hashtag yang ditulis, Zizan jatuh sakit kerana demam dan berterima kasih kepada dua orang yang mungkin telah membantunya.
PELAKON dan pelawak, Zizan Razak menerusi laman sosial Instagram miliknya memuat naik foto dirinya kini terlantar sakit di hospital.

Menerusi foto itu juga dilihat Zizan telah diusung di atas katil oleh beberapa jururawat di sebuah hospital.

Entri berkenaan dimuat naik dengan kapsyen: "Thanks to @ashraf_rahman9 @hafizarazak #demam #gws #zizanrazak"

Merujuk daripada hashtag yang ditulis, Zizan jatuh sakit kerana demam dan berterima kasih kepada dua orang yang mungkin telah membantunya.

Terdahulu Zizan telah memuat naik sekeping gambar menunjukkan tangannya yang berbalut dengan kapas seperti baru lepas dicucuk.

Zizan menerusi entri berkenaan memberitahu dirinya sakit dengan menulis kapsyen: "Akitttt  #zizanrazak"

SUMBER: ASTRO AWANI

Related Posts :