Assalamualaikum…
Kesuburan Dan Ramadhan?
Maaf, tajuk di atas agak ‘gempaq’ sikit. Namun ia ada sedikit perkaitan dengan post kami sebelum ini iaitu Doa Nabi Zakaria Untuk Mudah Hamil. Sebenarnya kesuburan tidak ada kaitan khusus dengan ramadhan, cuma yang saya ingin kongsikan di sini adalah bahawa salah satu kelebihan bulan Ramadhan adalah tentang mustajabnya doa sebelum waktu berbuka.
Mafhum Hadis Nabi;
Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala waktu berbukanya, adalah waktu doa yang tidak ditolak( Riwayat Ibn Majah)

Mohonlah kepada yang Maha Pencipta supaya dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah setiap kali sebelum berbuka puasa. Janganlah sesekali dilepaskan peluang keemasan ini.
Di kesempatan ini, saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa untuk tahun ini. Semoga kita mendapat taufik untuk mempertingkatkan amalan kita di bulan yang mulia ini.