![]() |
KUALA LUMPUR - Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi menantu kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini hari ini.
Syed Alman, 44, suami kepada Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, dilaporkan tidak sedarkan diri ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik pergigian di Bangsar.
Allahyarham kemudiannya dibawa ke PPUM sebelum disahkan meninggal dunia.
Setiausaha Akhbar Menteri Dalam Negeri, Datuk Fadzlette Othman Merican Idris Merican ketika ditemui di PPUM mengesahkan berita kematian tersebut.
Dalam pada itu, Nurulhidayah dalam kemaskini di laman Instagram miliknya melahirkan rasa sedih atas kehilangan itu.
"Al Fatihah. Syed Alman Zain bin Syed Alwi. Great Papa. Responsible husband. I lost someone that I can argue with. Bye sayang," katanya.
Difahamkan, Ahmad Zahid dijangka tiba ke tanah air awal pagi ini selepas melakukan lawatan kerja di Jepun.